Selamat Datang
Dato' Salleh bin Mohd. Husein
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
sempena Minggu Kokurikulum Sekolah Kali Ke-3
Pada :
2 September 2006
bersamaan 9 Syaaban 1427
di Lobi Utama
SBP Integrasi Gombak
Kata Alu-aluan
Komandan KRS SBPI Gombak, Leftenan Kolonel KRS Pn. Hjh. Norlia bt Mohd. Shuhaili AMP (Pengetua)
Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan diucapkan
kepada pembangun laman ini yang telah bertungkus-lumus menyiapkan laman
web ini. Semoga laman web ini menjadi langkah utama dalam usaha
merapatkan jurang digital selain membentuk modal insan yang mempunyai
jati diri sekaligus meningkatkan tahap produktiviti negara.
Timb. Komandan, Kapten KRS Pn. Kairul Afzar bt. Ahmad Shah (GPK Kokurikulum)
Syukur
kepada Allah S.W.T kerana laman web ini telah berjaya disiapkan.
Sesungguhnya laman web ini mempunyai banyak maklumat dan rujukan yang
berguna untuk semua pelajar SBPI Gombak terutamanya bagi ahli-ahli KRS.
Laman web juga menepati saranan kerajaan yang menyarankan web-web
sebegini dibangunkan dalam usaha untuk mencapai wawasan 2020.
Ejutan KRS SBPI Gombak Kapten KRS Abdul Halim b. Hashim (Guru Penasihat)
Saya
cukup berbangga kerana laman web ini berjaya direalisasikan sebagai
satu portal untuk memberi pendedahan lanjut dan informasi berguna buat
semua. Saya berharap agar laman web ini dimanfaatkan sebaiknya.
Berita Terkini
Laman Rasmi KRS dirasmikan!
Pada 2 September 2006 bersamaan 9 Syaaban 1427 Hijrah.
Dirasmikan oleh Dato' Salleh Bin Husein. Laman web ini menjadi langkah
pertama untuk merapatkan jurang teknologi maklumat sejajar dengan era
globalisasi.