Make your own free website on Tripod.com

Aktiviti-aktiviti

Lihat Koleksi Gambar

14.       Perkhemahan  Perdana KRS Daerah Gombak 2006

Laporan

            Perkhemahan ini telah diadakan pada 14 (Isnin) hingga 16 (Rabu) Ogos 2006 bertempat di Kem Belia Bukit Lagong, Selayang. Perkhemahan ini merupakan aktiviti tahunan KRS Daerah Gombak. Ia telah disertai kira-kira 234 orang peserta yang mewakili setiap peserta daripada setiap KRS sekolah-sekolah menengah Daerah Gombak dan juga melibatkan hampir semua jurulatih daerah yang diketuai oleh Kapten KRS Abdul Halim b. Hashim.

 

            KRS SBPI Gombak tidak ketinggalan turut serta dalam perkhemahan ini di mana kita telah menghantar seramai 10 kadet (5 putera dan 5 puteri) sebagai peserta dan 5 orang kadet dari Unit Tugas-Tugas Khas juga telah terlibat sebagai pembantu urusetia. Mereka yang telah mencurahkan bakti itu ialah;

 

            Peserta KRS SBPI Gombak;

 

1.                  Lkr KRS Muhammad Syafiq b. Sajari – 1AF

2.                  Lkr KRS Mohammad Zaki. Atan – 1AB

3.                  Lkr KRS Mohd Farizzul Hakim. Mohd Saroji – 1AB

4.                  Lkr KRS Mohd Adib b. Mohd Yusuf – 1AB

5.                  Lkr KRS Muhd Rafie b. Ajikin – 1AB

6.                  Lkr KRS Fatin Najwa bt. Othman – 1AK

7.                  Lkr KRS Afifah bt. Ahmad – 1AF

8.                  Lkr KRS Mayyatul Fahirah bt. Johan – 1AF

9.                  Lkr KRS Diyana Izzati bt. Mursan – 1AK

10.              Lkr KRS Noor Syuhada bt. Zulkiflee – 1AB

 

            Pembantu urusetia dari ahhli KRS SBPI Gombak;

 

11.              Kpl KRS Abdullah Aqeel b. Mat Shah

12.              Kpl KRS Khairul Ashraf b. Abd Latif

13.              Lkpl KRS Suhainaliza bt. Sohami

14.              Kpl KRS Nurshafinaz bt. Azizan

15.              Kpl KRS Noorsharina bt. Zahari

 

Pelbagai aktiviti yang terkandung di dalam kurikulum KRS telah diajar dan

dipraktikan dalam perkhemahan kali ini yang kebanyakkannya adalah peserta KRS pelajar Ting 1, 2 dan 4. Antara aktivitinya ialah;

 

i.                    Kawat kaki

ii.                  Flying fox

iii.                Wall climbing

iv.                Orientaring

v.                  Ikatan dan simpulan

vi.                Ikhtiar hidup

vii.              Night tracking dan solat di hutan

viii.            Bantu mula

ix.                Rempuh halang

x.                  Persembahan kumpulan

 

Maklum balas yang diberikan oleh peserta dan pembantu urusetia yang terlibat adalah positif dan sangat bermakna bagi mereka kerana selain dapat berkenalan dengan ahli-ahli KRS dari sekolah sekitar Gombak, mereka dapat merasai beberapa pengalaman yang sebelum ini tidak pernah dirasai seperti solat dan qiamulail waktu malam di atas tanah di dalam hutan, wall climbing, memasak dengan cara hanya menggunakan bara sahaja, menyediakan dan memasak menu makanan bagi kuantiti yang banyak (pemb. Urusetia)  dan bermacam-macam lagi. Diharapkan mereka ini akan dapat berkongsi pengalaman yang berharga dengan ahli-ahli KRS di sekolah ini apabila mereka diberi peluang nanti.