Make your own free website on Tripod.com

logo

BAHAGIAN SEKOLAH,
JABATAN SEKOLAH,
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA,
PARAS 5, BLOK J (SELATAN),
PUSAT BANDAR DAMANSARA,                             

50604 KUALA LUMPUR.                                           
Telefon  : 
03-2556900
                                                                                Fax        : 03-2535150
                                                                                Kawat : ”PELAJARAN”

                       

                                                                                                KP(BS) 8591/Jil. IV (4)

                                                                                                19 JULAI 1995

 

Semua Pengarah Pendidikan Negeri,

Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan,


SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/1995

PELAKSANAAN KADET REMAJA SEKOLAH (KRS)

1.0       LATAR BELAKANG

1.1       Pelajar adalah aset yang amat berharga dalam menentukan arah pembangunan pada masa akan datang. Dalam konteks pendidikan kebangsaan kegiatan kokurikulum merupakan satu program penting bagi membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh. Secara umum kegiatan kokurikulum yang sedia ada telah berjaya membina disiplin pelajar serta meningkatkan minat mereka terhadap pembelajaran. Namun demikian masih banyak ruang yang perlu dipenuhi untuk mengatasi masalah generasi muda yang semakin mencabar bagi mengisi tuntutan ke arah negara maju, kita perlu menyediakan golongan pelajar yang dinamik dan berkualiti serta mempunyai perkembangan sahsiah yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelak (JERI)

1.2       menyedari keperluan ini Kadet Remaja Sekolah (KRS) hendaklah ditubuhkan di semua sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan seluruh negara sebagai salah satu pasukan Pakaian Seragam di sekolah. Kewujudan KRS sekaligus dapat memenuhi kepelbagaian citarasa, minat dan bakat pelajar berdasarkan objektif yang dikemukanakan

 

2.0       RASIONAL

            Menyedari hakikat bahawa minat serta kecenderungan pelajar kepada pasukan pakaian seragam di sekolah amat ketara sedangkan peluang untuk menyertai amat terhad, wajarlah KRS ditubuhkan bagi tujuan memenuhi minat serta untuk  mengatasi masalah salah laku di kalangan remaja seperti penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah, budaya lepak dan juvana. Oleh itu aktiviti KRS diharapkan dapat mengembangkan semua aspek potensi manusia berteraskan ilmu dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah pelajar yang mengamalkan nilai-nilai murni dan moral yang tinggi selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

3.0       MATLAMAT

 

            Melahirkan pelajar cemerlang yang berminat, berakhlak mulia, berilmu dan berketrampilan selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara ke arah menjayakan Wawasan 2020.

 

4.0       OBJEKTIF

 

4.1       Membina generasi bersemangat patriotik yang cintakan agama, bangsa dan negara.

 

4.2       Melahirkan generasi yang mengetahui, memahami, menghayati dan mengamalkan akhlak Islam serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan hidup bermasyarakat dan bernegara.

 

4.3       Menyediakan peluang kepada pelajar untuk memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran, kebolehan mengurus dan memimpin.

 

4.4       Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran dan kepekaan di kalangan pelajar mengenai isu-isu semasa serta berkeupayaan untuk bertindak sewajarnya.

 

4.5       Membentuk generasi yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan diri, berdaya saing, bersemangat juang, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup.

 

5.0       STRUKTUR ORGANISASI

 

5.1       Jawatankuasa Peringkat Kebangsaan, Negeri dan Daerah adalah           seperti berikut:

                        a.                     Penaung

                        b.                     Penasihat

c.                     Pengerusi

                        d.                     Timbalan Pengerusi

                        e.                     Naib Pengerusi

                        f.                      Setiausaha Kehormat

                        g.                     Penolong Setiausaha Kehormat

                        h.                     Bendahari Kehormat

                        i.                      AJK yang dilantik

 

5.2       Jawatankuasa terdiri daripada empat peringkat:

                        a.                     Peringkat Kebangsaan

                        b.                     Peringkat Negeri

                        c.                     Peringkat Daerah

                        d.                     Peringkat Sekolah

 

            Maklumat lengkap struktur organisasi boleh didapati dalam Perlembagaan KRS

 

 

6.0       KEAHLIAN

 

6.1       Keahlian KRS adalah terbuka kepada semua pelajar di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.

                       

6.2       Ahli bersekutu KRS terbuka kepada semua pelajar yang menuntut di institusi pendidikan selain daripada yang dinyatakan dalam perkara  6.1.

                       

6.3       KRS yang dianggotai oleh ahli bersekutu diurus dan dibiayai oleh institusi di mana KRS itu ditubuhkan.

                       

6.4       Keahlian KRS lucut serta merta apabila pelajar tersebut berhenti atau diberhentikan daripada menjadi pelajar berdaftar di sekolah/institusi seperti yang dinyatakan di atas.

 

 

7.0       KURIKULUM

 

7.1       Teras

 

            a.         Pendidikan Ketatanegaraan/Patriotisma

            b.         Latihan Fizikal

            c.         Pendidikan Kerohanian

 

7.2       Umum

 

            a.         Aktiviti di Air

            b.         Aktiviti di Darat

            c.         Aktiviti Pengembaraan

            d.         Latihan Mental

            e.         Latihan Kewarganegaraan

            f.          Aktiviti Ketahanan Diri

            g.         Aktiviti Pendidikan Luar

            h.         Aktiviti Pendidikan Alam Sekitar

            i.          Aktiviti Kemahiran Hidup (Keusahawanan)

            j.          Aktiviti Khidmat (Khidmat Masyarakat)

 

 

8.0       PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN

 

8.1       Fokus utama pengurusan dan pelaksanaan aktiviti KRS peringkat Kebangsaan Negeri dan Daerah ialah seminar dan bengkel konsep dan operasi KRS.

 

8.2       Kursus Pemimpin di peringkat sekolah menumpukan kepada aspek-aspek pelaksanaan aktiviti KRS.

 

 

9.0       YURAN KEAHLIAN

 

            Yuran keahlian dikenakan sebanyak RM1.00 bagi setiap ahli.

 

10.0     PAKAIAN SERAGAM (UNIFORM)

 

         Maklumat terperinci mengenai pakaian Seragam (Uniform) boleh didapati dalam buku Perlembagaan KRS

 

11.0     KESELAMATAN DIRI

 

 

12.0     PENGECUALIAN

 

            Pelajar-pelajar dalam keadaan seperti berikut boleh dikecualikan daripada menyertai KRS

 

12.1     Kes-kes Perubatan, Pelajar-pelajar yang telah disahkan oleh doktor mengidap sakit jantung, lelah dan lain-lain penyakit yang boleh membahayakan jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS.

 

12.2     Kecacatan, Pelajar-pelajar yang mempunyai kecacatan angota tubuh yang boleh membahayakan diri mereka jika mengambil bahagian dalam aktiviti KRS. Tetapi sekiranya kecacatan mereka menjadi penghalang, pelajar-pelajar tersebut hendaklah digalakkan mengambil bahagian dalam aktiviti yang sesuai bagi mereka.

 

12.3     Kelas Agama, Untuk pelajar-pelajar yang mengikuti kelas-kelas agama di waktu pagi/petang, satu penyesuaian terhadap aktiviti KRS hendaklah diadakan. Untuk tujuan ini, Pengetua hendaklah berunding dengan pihak sekolah/Jabatan berkenaan.

 

13.0     PEMANTAUAN

 

13.1     Tugas pemantauan hendaklah dilakukan oleh:

 

            a.         Pengarah Pendidikan Negeri

            b.         Pegawai Pendidikan Daerah

            c.         Pengetua

            d.         Ketua Penolong Pengarah dan Penyelia Kokurikulum JPN

            e.         Penyelia Pejabat Pendidikan Daerah

 

13.2     Pemantauan merangkumi perkara-perkara berikut:

 

            a.         Laporan aktiviti

            b.         Laporan kewangan

 

14.0     Sila maklumkan kandungan Pekeliling ini bersama-sama dengan lampirannya kepada semua sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan di negeri Y. Bhg. Dato’/Datuk/Tuan.

 

 

Sekian, terima kasih.

 

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

 

 

(TAN SRI DATUK DR. WAN MOHD ZAHID BIN MOHD NORDIN)

Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia

 

S.K:      1.         YB Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Hj. Abdul Razak

                        Menteri Pendidikan Malaysia

 

            2.         YB. Datuk Mohd Khalid bin Yunus

                        Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

 

            3.         YB. Datuk Dr. Fong Chan Onn

                        Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia

 

            4.         Ketua Setiausaha

                        Kementerian Pendidikan Malaysia

 

            5.         Timbalan Ketua Setiausaha I

                        Kementerian Pendidikan Malaysia

 

            6.         Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan I

                        Kementerian Pendidikan Malaysia

 

            7.         Timbalan Ketua Setiausaha II

                        Kementerian Pendidikan Malaysia

 

            8.         Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan II

                        Kementerian Pendidikan Malaysia

 

            9.         Semua Ketua Bahagian

                        Kementerian Pendidikan Malaysia

 

            10.       Ketua Perhubungan Awam

                        Kementerian Pendidikan Malaysia