Make your own free website on Tripod.com

Sejarah Penubuhan Kadet Remaja Sekolah SBP Integrasi Gombak

        Kadet Remaja Sekolah Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah ditubuhkan secara resmi pada 26 Februari 2003 (Rabu) iaitu kira-kira seminggu selepas pelajar ulung SBPI Gombak mendaftarkan diri pada 17 Februari 2003 yang merupakan satu tarikh yang sangat bermakna kepada semua pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Satu ketika itu kerana merekalah generasi pertama menjejakkan kaki dan dinobatkan sebagai pelajar ulung di sekolah ini. 

        Seramai 67 orang pelajar telah mendaftar sebagai ahli KRS SBPI Gombak iaitu 22 orang kadet putera Tingkatan 4, 16 orang kadet puteri Ting 4, 19 orang kadet putera Ting 1 dan 10 orang kadet puteri Ting. 1. KRS SBPI Gombak telah diasaskan, diterajui dan diuruskan pendaftarannya oleh Cikgu Abdul Halim bin Hashim yang telah dilantik sebagai Guru Penasihat KRS SBPI Gombak yang pertama dan telah mendapat latihan sebagai jurulatih KRS bertauliah semasa beliau terlibat dengan KRS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan ditauliahkan dengan pangkat Leftenan KRS. Selain beliau, terdapat beberapa orang guru berminat dan menyertai kebanyakkan aktiviti KRS antaranya Cikgu Rahman b. Hamdan, Cikgu Nor Zailiza bt. Abd Rahman, Cikgu Zulkifli b. Abd Latib, Cikgu Haris b. Abdullah (GPK) dan Cikgu Sallehuddin b. Tais serta isteri cikgu Abdul Halim,  Pn. Nor Azimah bt. Abd Aziz. Kadet Muhd Izuan. Sufian (4 Fikrah) telah dilantik menjadi Pengerusi Pertama sekaligus menjadi Ketua Platun yang pertama dan dibantu oleh Nur Kamariah bt. Tajuddin (4 Bestari), Shakir. Hamidi,  Afiq. Mahat dan beberapa orang AJKT yang lain. Unit-Unit Beruniform yang ditubuhkan selain daripada KRS ketika itu ialah St. John Ambulan, Pandu Puteri dan Puteri Islam.

        KRS merupakan satu-satunya unit beruniform yang pertama memakai uniform seragam pada setiap hari Rabu iaitu Hari Kokurikulum Mingguan dan pelancaran pemakaian seragam KRS ini telah disempurnakan secara resmi semasa perhimpunan pagi Hari Rabu bersamaan 16 April 2003 oleh Pn Hjh Aminah bt. Aboo Bakar (Pengetua) . pada ketika itu. Pada peringkat pelajar hanya memakai baju T/shirt KRS, Beret dan lencana, tali pinggang dan tudung bagi kadet puteri kemudiannya pada bulan Jun 2003, barulah pemakaian uniform No.4 lengkap dilaksanakan.Berbagai aktiviti dan penglibatan telah disertai oleh KRS SBPI Gombak biarpun usianya masih terlalu muda antaranya Kem Pendedahan dan Pemantapan KRS SBPI Gombak Kali Pertama di Hutan Simpan InteGomb pada 15 – 17 Ogos 2003, Kursus AJK Tertinggi Unit-Unit Beruniform SBPI Gombak di Pulau Pangkor pada 4 – 6 Julai 2003, Eksplorasi Gua dan Hutan di Hutan Gunung Senyum serta Program Ramah Mesra dengan peneroka Felda Triang 3, Temerloh, Pahang pada 19 – 21 September 2003, Kawalan Hormat menyambut Dato’ Zainudin. Maidin merasmikan Hari Guru Peringkat Daerah Gombak di Dewan Seri Gemilang InteGomb pada 25 Julai 2003, kawalan lalulintas bagi di perkarangan sekolah bagi setiap majlis yang diadakan di sekolah.

    Sehingga hari ini, KRS SBPI Gombak telah melangkah jauh dan melibatkan diri dalam aktiviti dan program di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan berkat komitmen dan semangat yang ada pada semua ahlinya.